Segala puji-pujian hanya kepada Allah Yang Maha Esa. Selawat dan salam
ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang memimpin manusia ke jalan yang
lurus dan terang. Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T. kerana
dengan izin-Nya maka laman wab rasmi Pengurusan Unit Masjid SMK Dato’ Perdana
berjaya diwujudkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid. Ucapan setinggi-tinggi
terima kasih dan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat.
|
|
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih
kepada semua ajk guru-guru yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mewujudkan portal rasmi
ini. Diharap dengan adanya portal rasmi ini, segala maklumat berkaitan
pengurusan dan perjalanan aktiviti dapat disampaikan kepada semua pengunjung
laman ini secara mudah dan terkini.
Marilah kita berdoa semoga perjalanan pengurusan unit ini akan terus
cemerlang dan menjanjikan kejayaan dalam semua aspek.
|
|
Penyediaan portal rasmi Pengurusan Masjid Pengurusan SMKDP sememangnya
sejajar dengan visi dan misi sekolah untuk mengangkat martabat sekolah sebagai
pusat untuk melahirkan kecemerlangan pelajar bukan sahaja cemerlang akademik
tetapi juga cemerlang sahsiah, cemerlang peribadi dan utuh jati diri sebagai persiapan menongkah arus
globalisasi yang kian kompleks ini. Justeru, menjadi harapan saya agar portal
rasmi ini menjadi panduan dan rujukan bagi merealisasikan kecemerlangan
sekolah.
Kerjasama erat daripada semua guru amat diperlukan untuk mengekalkan SMK
Dato’ Perdana sebagai sebuah sekolah penyayang. Dengan pegangan nilai murni
penyayang, semua warga SMKDP, saya yakin bahawa pengurusan masjid ini akan
terus cemerlang seterusnya boleh membantu dalam pencapaian kurikulum,
kokurikulum serta kemenjadian pelajar sekolah ini.
Akhir kata, apa-apa pun cabaran dan transformasi yang mendatang, kita
harus berfikiran positif dan menerima dengan minda yang terbuka. Kita mesti
bersatu bak kata pepatah “bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” untuk mencapai kecemerlangan
teruskan tekad gandakan usaha dengan harapan pengurusan Unit Masjid SMK Dato’
Perdana akan terus cemerlang dalam semua aspek seterusnya mencapai visi dan
misi dihasratkan
|
|
Sekian, wassalam
|
|
HJ. SULAIMAN B DAUD
Pengetua
SMK. Dato’ Perdana
|
Sunday, 30 July 2017
Aluan Pengetua
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Program Solat Hajat Perdana SPM dan STPM 2017 Tarikh 02 November 2017 Tempat Masjid Ar Rahman, SMKDP ...
-
Sudah menjadi program tahunan. Tahun 2016, para pelajar didedahkan dengan sembelihan burung puyuh. Tahun ini, 8 nov 2017, program amali se...
-
Satu rombongan AJK imarah masjid SMKDP telah membuat lawatan penanda aras ke Masjid Sekolah Kebangsaan Jelor, Pasir Puteh. Lawatan singkat ...